Bahasa

Pilihan Bahasa:

English Malay

Jumlah Pelawat

Kami menerima
39787836
kunjungan semejak May 2005
PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN DOKUMEN PTPTN PELAJAR SESI 2018/2019

PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN DOKUMEN  PTPTN PELAJAR SESI 2018/2019 BAGI TARIKH KELULUSAN 6 JULAI 2018.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak Unit Penajaan & Dana Pelajar, PTNC ( HEPA) dengan kerjasama PTPTN Cawangan Kuala Terengganu akan membuka kaunter kutipan dokumen perjanjian PTPTN bagi pemohon yang mendapat kelulusan PTPTN pada 6 Julai 2018 sebagaimana ketetapan berikut:


Bagi Pelajar di Kampus Gong Badak

Tarikh  :  21 Julai 2018

Hari     :  Sabtu

Masa   :  9.00 pagi - 4.00 petang

Tempat : Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak.


PELAJAR KAMPUS BESUT

DOKUMEN PERJANJIAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA PUAN NOOR HAFIZAL BINTI ABDUL AZIS (PEN.PENDAFTAR) PTNC (HEPA), KAMPUS BESUT BERMULA 11 - 12 & 15 - 17 JULAI 2018 JAM 8.00 PAGI - 4.30 PETANG DI PEJABAT PTNC (HEPA), UniSZA KAMPUS BESUT.


Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang telah diluluskan permohonan mereka dalam kelompok ini diwajibkan menghantar dokumen perjanjian yang telah lengkap ke kaunter kutipan dokumen tersebut. Bersama-sama ini juga dilampirkan panduan mengisi dokumen perjanjian PTPTN sebagai rujukan (Rujuk Lampiran).


Suka diingatkan bahawa tempoh sah untuk kelulusan ini hanyalah selama 14 hari dari tarikh kelulusan. Sebarang masalah atau kerugian yang timbul akibat daripada kegagalan untuk menghantar dokumen perjanjian ini pada masa yang ditetapkan adalah terletak di bawah tanggungjawab pelajar / pemohon itu sendiri.


Untuk makluman, sebarang penghantaran dokumen perjanjian PTPTN terus ke Pejabat PTPTN adalah TIDAK DITERIMA.


Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-6687940 / 7942 / 7945.

Harap Maklum. Terima kasih.


(selengkapnya... | Nilai: 5)

MAKLUMAN SENARAI NAMA FASILITATOR MAHASISWA YANG TERBARU SEMPENA MINGGU MESRA SI

   

   Kepada mahasiswa/i yang berminat untuk memohon sebagai Fasilitator Mahasiswa sempena Minggu Mesra Siswa Sesi (Kemasukan Ijazah) 2018/2019 yang akan diadakan tidak lama lagi, anda boleh  memuat turun borang dan mengisi maklumat tersebut dan hantar  ke Unit Latihan dan Kepimpinan Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Almuni) atau emailkan kepada hasikinzakaria@unisza.edu.my sebelum  31 Julai 2018 (Selasa).  Pemohon harus mengikut syarat-syarat yang ditetapkan:

    *  Mempunyai Sijil CGPA yang  terkini  3.0 dan ke atas

    *  Aktif dalam persatuan

    *  Sihat tubuh badan

    *  Boleh bekerja dalam tekanan dan berkumpulan

    *  Tiada dalam tindakan tatatertib

  Sebarang masalah boleh menghubungi En.Muhammad Redzuan bin Zaaba/Pn. Nor Rulhasikin binti Zakaria di talian 09-6687925/7935. Pihak PTNC (HEPA) akan menghubungi dan memaparkan senarai nama pemohon yang layak di dalam portal.

Sekian, terima kasih.


(selengkapnya... | Nilai: 5)

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT UNISZA SESI 2018/2019 (SEMESTER PENDEK)

ASSALAMUALAIKUM WM. WBT.

KEPADA SEMUA PELAJAR UniSZA YANG SEDANG MENJALANI PENGAJIAN (AKTIF) DI UniSZA.

UNIT PENAJAAN DAN DANA PELAJAR (UPDP), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA) UniSZA SEDANG MEMBUKA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT KEPADA PELAJAR UniSZA YANG LAYAK SEBAGAIMANA BUTIRAN BERIKUT :

1.      PELAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN YANG BERAGAMA ISLAM

2.      PELAJAR SEPENUH MASA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

3.      PELAJAR YANG SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN SEMESTER PENDEK DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA. BAGI PELAJAR YANG SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN SEMESTER PANJANG DALAM TEMPOH MASA INI HANYA DIBUKA KEPADA DIPLOMA DARIPADA FAKULTI PERUBATAN DAN FAKULTI SAINS KESIHATAN SAHAJA.

4.      PENDAPATAN KELUARGA RM4,000.00 DAN KE BAWAH

 

  TARIKH BUKA   : 11/07/2018 (RABU)
  TARIKH TUTUP : 31/07/2018 (SELASA)


PELAJAR YANG LAYAK BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN DI LAMAN https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfpkRzwXD5OU2YyYQiPKkzEKm9buveRN3BjDrEHWDXMmY00cA/viewform?c=0&w=1 MULAI 11 JULAI 2018 (RABU) HINGGA 31 JULAI 2018 (SELASA).

* SEBARANG PERTANYAAN, SILA RUJUK KE UNIT PENAJAAN DAN DANA PELAJAR (UPDP), PTNC (HEPA) DI TALIAN 09-668 7940/7942/7945. 


KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI. 

SEKIAN, TERIMA KASIH.


(selengkapnya... | Nilai: 0)

MASALAH PENGESAHAN KURSUS
NIK AINI ARIFAH BINTI NIK WAN menulis "

PENGESAHAN KURSUS BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA KOHORT BAHARU SEMESTER PENDEK SESI 2018/2019


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan mana-mana pelajar yang mengalami masalah untuk mencetak pengesahan kursus pada Minggu Pengesahan Kursus (01/7/2018-07/07/2018), pelajar boleh menyemak pendaftaran kursus di portal pelajar sepertimana di bawah :-

Portal Pelajar > Pendaftaran Kursus > Senarai Kursus > Pilih Sesi > Cetak untuk simpanan dan 1 salinan kepada fakulti.

Sekian, harap maklum.


DARIPADA
SEKSYEN PENJADUALAN, REKOD DAN PENDAFTARAN KURSUS
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UniSZA
"

(selengkapnya... | Nilai: 0)

PERMOHONAN PENAJAAN PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2018 (JPA)

Assalammualaikum w.b.t

 

Dimaklumkan bahawa permohonan bagi Program Penajaan Dermasiswa B40 telah dibuka secara atas talian mulai 10 Julai 2018 hingga 16 Julai 2018. Program penajaan ini mensasarkan pelajar yang sedang dan akan mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

 

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my

 

Sekian untuk makluman. Terima kasih.


(selengkapnya... | Nilai: 5)

SILAT CEKAK HANAFI UNISZA - PENGAMBILAN AHLI BARU 2018/2019!!
MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDULLAH menulis "

Assalamualaikum wmt. wbt.



SILAT CEKAK HANAFI - SENI BELADIRI MELAYU ASLI
Pengambilan Ahli Silat Cekak Hanafi bagi Kampus Gong Badak sahaja.


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) UniSZA kampus Gong Badak membuka pengambilan ahli baru bagi sesi 2018/2019. Bagi mahasiwa/i, staf UniSZA, anak-anak staf UniSZA dan kepada sesiapa sahaja yang berminat bolehlah mendaftar SEGERA dengan mengisi google form di pautan dibawah:

Borang Keahlian Silat Cekak Hanafi Online


Video Silat Cekak Hanafi: Gelanggang Silat Cekak Hanafi


CIRI-CIRI SILAT CEKAK HANAFI
- Teknik beladiri berdiri lurus
- Tempur tanpa senjata
- Teknik kuncian boleh mematahkan/maut kepada pihak lawan
- Sesuai lelaki dan wanita berumur 13 tahun ke atas.

Tarikh tutup pengambilan ahli: 31 Julai 2018

* KEAHLIAN INI AUTOMATIK MENJADI AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UniSZA

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

En. Muhammad Hafiz b. Abdullah (Pejabat Naib Canselor)
Penasihat Per. Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA
012-9386 985
Email: mhafiz@unisza.edu.my

Terima kasih."

(selengkapnya... | Nilai: 0)

GANGGUAN AKSES INTERNET DAN TALIAN TELEFON DI UNISZA : 27 JUN 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Gangguan akses internet dan talian telefon sedang berlaku hari ini ( Rabu/ 27 Jun  2018 ).

2. Ia disebabkan oleh kerja - kerja membaiki dan menaiktaraf sebahagian sistem perparitan banjir di UniSZA Kampus Gong Badak oleh pihak JPP. 

3. Segala kesulitan yang berlaku disebabkan gangguan ini amatlah dikesali.

Harap maklum dan terima kasih .

Pusat Teknologi Maklumat (PTM),
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

(selengkapnya... | Nilai: 0)

PERMOHONAN KE PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERHATIAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA SEMESTER AKHIR

Adalah diingatkan agar segera membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui portal pelajar untuk mengelakkan gangguan sistem disebabkan memohon pada saat-saat akhir.

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 JUN 2018.

Sebarang kelewatan selepas tarikh tutup TIDAK akan dilayan.

PERINGATAN:

Sila cetak borang permohonan dan hantar bersama-sama dokumen yang lengkap kepada fakulti program pengajian yang dipohon.

 

Sekian

 

Seksyen Pengambilan dan Kemasukan

Bahagian Pengurusan Akademik

UniSZA

(selengkapnya... | Nilai: 0)

MAKLUMAN PELAJAR PROGRAM SEMESTER PENDEK SESI JUN 2018
Adalah dimaklumkan bahwa pendaftaran kolej kediaman untuk Program Semester Pendek akan dijalankan pada hari Rabu, 20 Jun 2018 (Waktu Bekerja) memandangkan pihak Pengurusan Universiti telah meluluskan pengecualian kuliah pada 18 dan 19 Jun 2018 sempena sambutan hari raya.

Oleh itu Stor Barang-Barang Pelajar (Semester Pendek) akan hanya dibuka pada hari Rabu, 20 Jun 2018 mulai 9.30 pagi - 12.30 t/hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sekian, terima kasih

Pejabat Kolej Kediaman
10 Jun 2018

(selengkapnya... | Nilai: 0)

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PRO CANSELOR UNISZA
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PRO CANSELOR UNISZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada warga UniSZA yang dihormati sekalian,

Sukacita memaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof bin Hj. Md. Nor, Pro Canselor UniSZA sepertimana ketetapan berikut:

        Tarikh / Hari :     12 Jun 2018 / Selasa
        Masa :     6.00 petang
        Tempat :     Perkarangan Masjid UniSZA, Kampus Gong Badak


2.      Sehubungan dengan itu, warga UniSZA dengan segala hormatnya dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Bersama ini dilampirkan kad jemputan dan atur cara program untuk rujukan selanjutnya. Muat turun lampiran boleh dibuat di:

https://drive.unisza.edu.my/s/n09QojW8KYJQrmC


Sekian, harap maklum.

(selengkapnya... | Nilai: 0)