Bahasa

Pilihan Bahasa:

English Malay

Jumlah Pelawat

Kami menerima
40373698
kunjungan semejak May 2005
Selamat Datang Ke Portal Pelajar UNiSZA

Para pelajar dikehendaki mengisi alamat email masing-masing dengan klik menu [Edit Info Anda] pada ruang alamat email jika belum mengisinya ketika selepas memasuki(LOGIN) ke portal ini. Alamat email tersebut akan digunakan untuk menghantar kata laluan baru jika anda terlupa kata laluan.


AKAUN PEMBAYARAN YURAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN


A) AKAUN PEMBAYARAN YURAN :
         NO. AKAUN BIMB : 13017010081964

B) Kaedah dan cara pembayaran yuran pengajian (sila muat turun) :

1. MELALUI KAUNTER BIMB

2. MELALUI MESIN ATM BANK ISLAM

3. MELALUI INTERNET BANKING

4. MELALUI MESIN CASH DEPOSIT BIMB


MAKLUMAT YURAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

1. MAKLUMAT YURAN TKPM


 


PERINGATAN PEMBAYARAN TUNGGAKAN HUTANG

Perhatian kepada semua pelajar yang berhutang, anda di minta menjelaskan hutang sepertimana di portal pelajar.  Kegagalan menjelaskan hutang tersebut akan menyebabkan perkara-perkara berikut :-

1.    Tidak dapat menyemak dan mencetak keputusan peperiksaan akhir semester;

2.    Tidak dibenarkan menghadiri majlis konvokesyen; dan

3.    Tidak dibenarkan mengambil skrol serta transkip penuh setelah tamat pengajian.

Sekian dimaklumkan.

Kepada semua pelajar tajaan PTPTN

Adalah dimaklumkan proses potongan PTPTN pada setiap semester adalah yuran pengajian dan yuran berulang sahaja.

Oleh itu pelajar perlu membuat bayaran yuran kolej kediaman, yuran pengurusan am dan yuran kokurikulum di ATM BIMB, CDM BIMB atau Kaunter BIMB.

Sekian, harap maklum.

Bahagian Kewangan Pelajar.
Pejabat Bendahari.


MAKLUMAN LEBIHAN WANG DAN TUNGGAKAN HUTANG

MAKLUMAN LEBIHAN WANG DAN TUNGGAKAN HUTANG KEPADA PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA

*PERHATIAN*

Semua pelajar dimohon menyemak lejer akaun secara berkala diportal pelajar masing-masing.

 

1.    PELAJAR YANG MEMPUNYAI LEBIHAN WANG

Makluman kepada pelajar yang mempunyai lebihan yuran :

 

i)      Pelajar boleh membuat tuntutan secara atas talian melalui pautan berikut :

https://www.sentral.unisza.edu.my/v2/login.php?a=NTg4OTc5

 

ii)     Sekiranya tiada tuntutan diterima, pelajar diandai bersetuju membawa lebihan ke semester hadapan untuk pembayaran yuran pada sesi pengajian yang baharu.

 

 

2.    PELAJAR YANG BERHUTANG

Makluman kepada pelajar yang mempunyai hutang / tunggakan hutang :

i)      Pelajar perlu menjelaskan hutang tersebut bagi mengelakkan keputusan peperiksaan daripada disekat / terhalang mendapat slip menduduki peperiksaan / terhalang menghadiri konvokesyen / terhalang mendapat transkrip peperiksaan.

 

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 09-668 7917/7912/7913.



UniSZA GRADUATION EXIT TEST (UGET)

1)     Dimaklumkan bahawa, semua Universiti Awam (UA) Malaysia telah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan perlu melaksanakan Dasar Pemisah (Exit Policy) berdasarkan pencapaian keputusan MUET.

2)     Walau bagaimanapun semua UA diberi pilihan untuk memperkenalkan ujian khas sebagai alternatif kepada MUET.

3)     Mesyuarat Senat Universiti telah bersetuju untuk menggunakan UniSZA Graduation Exit Test (UGET) sebagai alternatif exit policy kepada semua pelajar peringkat ijazah sarjana muda:
i)     UGET merupakan syarat untuk pelajar peringkat ijazah sarjana muda UniSZA bergraduat bermula pelajar kemasukan Sesi 2015/2016 sehingga terkini.

ii)     Pelajar juga boleh memilih untuk menduduki MUET sebagai exit policy untuk syarat bergraduat dengan memperolehi satu gred lebih tinggi daripada Band MUET (entry point).

iii)     Exit policy UniSZA menggunakan satu gred lebih tinggi dari Band MUET (entry point) syarat kemasukan mengikut sesi kemasukan program masing-masing.

iv)     Pelajar yang telah mendapat MUET Band 4 ke atas (entry point) dikecualikan dari menduduki UGET.

v)     Ujian UGET akan diadakan satu kali dalam setiap semester dan hanya terhad kepada 400 orang calon.

vi)     Pelajar yang mengambil UGET akan dikenakan yuran sebanyak RM50.00 bagi satu sesi ujian yang boleh dibuat seperti kaedah pembayaran yuran pengajian.

vii)     Sebarang pertanyaan mengenai UniSZA Graduation Exit Test (UGET) bolehlah dirujuk kepada URUSETIA UGET di Pejabat Fakulti Bahasa dan Komunikasi atau Penolong Pendaftar di fakulti masing-masing.




MAKLUMAN CAJ PERMOHONAN SALINAN TRANSKRIP DAN SKROL BAHASA ARAB

Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam Sejahtera,

 

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR

Kadar caj baharu permohonan salinan transkrip atau permohonan transkrip Bahasa Inggeris ialah RM 30.00. Manakala permohonan skrol Bahasa Arab ialah RM 50.00 bermula Januari Tahun 2017.

Borang permohonan transkrip akademik terkini boleh dimuat turun di www.unisza.edu.my/bpa atau boleh didapati di kaunter Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik.

 

Sekian, harap maklum.

 

SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK


6TH PKS UNISZA OPEN ARCHERY TOURNAMENT 2018


MAKLUMAN

Makluman Pendaftaran Kursus online (Minggu Tambah/Gugur) Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Kohort Baharu Semester II Sesi 2017/2018 akan dibuka selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

Sekian untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Bahagian Pengurusan Akademik

HEBAHAN KEMASKINI MAKLUMAT PROFAIL PELAJAR

Adalah dimaklumkan, pelajar dikehendaki mengemaskini maklumat profail pelajar sebelum membuat pendaftaran kursus secara atas talian.

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN PINDAAN PERATURAN AKADEMIK PRA SISWAZAH

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR.

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Senat Universiti Sultan Zainal Abidin Bil. 3/2017 bertarikh 26 Mac 2017 telah meluluskan pindaan / tambahan Peraturan Akademik Pra Siswazah berkuatkuasa kepada semua pelajar UniSZA peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.


* Sila klik pada pindaan / tambahan Peraturan Akademik Prasiswazah


Peraturan Akademik Prasiswazah Sesi 2017/2018 yang lengkap boleh dilayari dilaman web Bahagian Pengurusan Akademik (http://www.unisza.edu.my/bpa/)

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA SESI 2018/2019

Assalamualaikum wm.wbt dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada pelajar Diploma Sesi 2018/2019 tajaan PTPTN

Untuk makluman pelajar, pihak PTPTN telah mengkreditkan bayaran kepada pelajar pada 06/09/2018 (Khamis) yang lalu. Sukacita dimaklumkan bayaran tersebut telah dikreditkan terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pelajar tanpa mengambilkira potongan yuran pelajar pada semester ini.

Oleh yang demikian, pelajar perlu membuat bayaran yuran bagi semester ini sebelum minggu menduduki peperiksaan bagi mengelakkan pelajar daripada disekat untuk menduduki peperiksaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Bendahari 09-668 7613 / 7612.

Sekian untuk makluman.

PENGUMUMAN

PERHATIAN KEPADA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA KOHORT BAHARU

PRAPENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I SESI 2018/2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Prapendaftaran Kursus secara online seperti tarikh berikut :
PERKARA / ACTIVITY TARIKH / DATE MINGGU / WEEK
Prapendaftaran Kursus Secara Atas Talian
Web Based Pre-Registration of Courses
15 Julai – 28 Julai 2018 Minggu 5-6
(Semester Pendek Sesi 2018/2019)
Tambah / Gugur Kursus & Prapendaftaran kursus lewat
(Denda RM 100)

Add / Drop & Application For Late Pre-Registration
(Penalty RM100)
09 September – 22 September 2018 Minggu 1-2
Permohonan Pendaftaran Kursus Lewat / Penambahan Kursus Lewat
(Denda RM 100.00/Kursus)

Application For Late Registration
(Penalty of RM100.00/Course)
23 September – 06 Oktober 2018 Minggu 3-4
Pengesahan Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian

Web Based Course Validation
30 September – 06 Oktober 2018 Minggu 4


MAKLUMAT PENTING:

1.     Prapendaftaran kursus secara 'online' tidak dibenar menggunakan telefon pintar.
2.     Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00 bagi pelajar yang TIDAK MEMBUAT PRAPENDAFTARAN KURSUS dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.
3.     Sebarang kesilapan prapendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.
4.     Pelajar dikehendaki 'SAVE & PRINT' slip semasa prapendaftaran untuk semakan.
5.     Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00/KURSUS bagi pendaftaran kursus lewat dan penambahan kursus pada minggu ke-3 sehingga minggu ke-4 dengan kelulusan Dekan fakulti dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.
6.     Sekiranya pihak pentadbiran tidak menerima apa-apa makluman dari pelajar dalam masa empat (4) minggu selepas tarikh permulaan semester, pelajar dikira telah menarik diri daripada semester (TANGGUH PENGAJIAN).
7.     Kegagalan pelajar untuk mendaftar kursus bagi dua semester berturut-turut boleh mengakibatkan status pengajian pelajar sebagai HENTI SENDIRI (HS).
8.     Mohon semak dengan teliti sebelum minggu pengesahan.
9.     Pelajar DIWAJIBKAN mencetak slip pengesahan daftar kursus pada minggu ke-3 perkuliahan dan mendapatkan perakuan serta pengesahan daripada Penasihat Akademik dan Ketua Pusat Pengajian masing-masing.
10.     Jika pelajar menghadapi sebarang masalah berkaitan pendaftaran kursus sila laporkan kepada pihak kami melalui talian 09-6687760/09-6687965 atau datang ke kaunter akademik dengan segera.


DARIPADA
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UniSZA

PENGUMUMAN

PERHATIAN KEPADA PELAJAR PROGRAM DIPLOMA FP DAN FSK

PRAPENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II SESI 2018/2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Prapendaftaran Kursus secara online seperti tarikh berikut :
PERKARA / ACTIVITY TARIKH / DATE MINGGU / WEEK
Prapendaftaran Kursus Secara Atas Talian
Web Based Pre-Registration of Courses
26 Ogos – 08 September 2018
(2 minggu)
Minggu 10 - 11
(Semester I Sesi 2018/2019)
Tambah / Gugur Kursus & Prapendaftaran kursus lewat
(Denda RM 100)

Add / Drop & Application For Late Pre-Registration
(Penalty RM 100)
25 November – 08 Disember 2018
(2 minggu)
Minggu 1 - 2
Permohonan Pendaftaran Kursus Lewat / Penambahan Kursus Lewat
(Denda RM 100.00/Kursus)

Application For Late Registration
(Penalty of RM 100.00/Course)
09 Disember – 22 Disember 2018 Minggu 3 - 4
Pengesahan Pendaftaran Kursus Secara Atas Talian

Web Based Course Validation
16 Disember – 22 Disember 2018
(1 minggu)
Minggu 4


PERHATIAN:

1.     Prapendaftaran kursus secara 'online' tidak dibenar menggunakan telefon pintar.
2.     Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00 bagi pelajar yang TIDAK MEMBUAT PRAPENDAFTARAN KURSUS dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.
3.     Sebarang kesilapan prapendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.
4.     Pelajar dikehendaki 'SAVE & PRINT' slip semasa prapendaftaran untuk semakan.
5.     Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM 100.00/KURSUS bagi pendaftaran kursus lewat dan penambahan kursus pada minggu ke-3 sehingga minggu ke-4 dengan kelulusan Dekan fakulti dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.
6.     Sekiranya pihak pentadbiran tidak menerima apa-apa makluman dari pelajar dalam masa empat (4) minggu selepas tarikh permulaan semester, pelajar dikira telah menarik diri daripada semester (TANGGUH PENGAJIAN).
7.     Kegagalan pelajar untuk mendaftar kursus bagi dua semester berturut-turut boleh mengakibatkan status pengajian pelajar sebagai HENTI SENDIRI (HS).
8.     Mohon semak dengan teliti sebelum minggu pengesahan.
9.     Pelajar DIWAJIBKAN mencetak slip pengesahan daftar kursus pada minggu ke-4 perkuliahan dan mendapatkan perakuan serta pengesahan daripada Penasihat Akademik dan Ketua Pusat Pengajian masing-masing.
10.     Jika pelajar menghadapi sebarang masalah berkaitan pendaftaran kursus sila laporkan kepada pihak kami melalui talian 09-6687760/09-6687965 atau datang ke kaunter akademik dengan segera.


DARIPADA
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UniSZA

PETRON ROAD SAFETY PROGRAMME PELAJAR KOKURIKULUM DIPLOMA & IJAZAH SEM I 2018/19

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa PETRON dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA UniSZA akan mengadakan KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA sepertimana berikut:-

Tarikh / Hari : 29 September 2018 / Sabtu
Tempat           : Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS)
Masa               : 7.40 Pagi - 4.00 Petang

Semua pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (Ijazah Sarjana Muda Beruniform dan Diploma Kohort Baharu Beruniform & Tidak Beruniform) Semester I Sesi 2018/2019 UniSZA Kampus Gong Badak adalah diWAJIBkan menyertai program ini. Pengecualian HANYA diberikan kepada semua pelajar kursus kokurikulum Kampus Besut, kursus Kor Askar Wataniah dan Kursus Kor Bomba dan Penyelamat.

*Sila Klik Pautan di Bawah Untuk Pendaftaran serta melalui imbasan QR Code pada poster program yang diletakkan di papan-papan kenyataan di UniSZA.
http://bit.ly/PetronRoadSafety2018UniSZA

Perhatian:-
Nota Penting:
1.    Setiap kumpulan mesti mempunyai ahli di antara 10 hingga 12 orang peserta.
2.    Hanya ketua kumpulan atau seorang sahaja ahli perlu mendaftar dan memasukkan nama ahli.
3.    Ketua kumpulan wajib meletakkan nombor telefon bimbit (untuk whatsapp)   
4.    Nama kumpulan mesti diisi sepenuhnya dan Nama Peserta mesti diisi mengikut Kad Pengenalan.
5.    Setiap peserta hanya boleh menyertai satu kumpulan.
6.    Sila bawa bersama kad matrik anda pada hari program.                       

TERMA & SYARAT:
1.    Peserta dikehendaki berpakaian sukan lengkap. Pemakaian selipar dan sandal tidak dibenarkan.
2.    Peserta tidak dibenarkan untuk menukar kumpulan selepas borang pendaftaran dihantar.
3.    Sekurang-kurangnya seorang ahli dalam setiap pasukan mesti mempunyai lesen memandu kereta atau motosikal yang sah.                                   
4.    Sarapan pagi akan disediakan dan hadiah lumayan menanti anda!   

* Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 26 September 2018 (Rabu)

* Jika terdapat masalah mengenai pendaftaran online, anda boleh membuat pendaftaran di Pejabat PPHP mengikut tempoh masa yang ditetapkan

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Pejabat PPHP 09-668 7690/8801 atau Urusetia Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA 09-6687936 / 7937


Sekian, Harap maklum.

Dr Abdullah Ibrahim
Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar

 

 

 

 


(selengkapnya... | Nilai: 5)

PERJUMPAAN PELAJAR KOKURIKULUM IJAZAH & DIPLOMA SEMESTER I SESI 2018/2019

Perhatian kepada semua pelajar kursus kokurikulum (Ijazah Sarjana Muda Berpakej dan Diploma Kohort Baharu Berpakej & Tidak Berpakej) Semester I Sesi 2018/2019 UniSZA Kampus Gong Badak dan Kampus Besut.

Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan akan diadakan sebagaimana butiran di bawah dan merupakan kuliah pertama saudara/i :-

(UniSZA KAMPUS GONG BADAK)

Tarikh/Hari  : 22 September 2018 / Sabtu
Masa              : 7.30 Pagi
Tempat         : Dewan Al-Mutafil Bilal Shah (DABs)


(UniSZA KAMPUS BESUT)

Tarikh/Hari  :
22 September 2018 / Sabtu
Masa              : 9.00 Pagi
Tempat         : Dewan Serbaguna, UniSZA Kampus Besut.


*Kehadiran adalah DIWAJIBKAN tanpa pengecualian.
*Pakaian Bagi Pelajar Kokurikulum Berpakej / Uniform : Pakaian Beruniform Kokurikulum Masing-Masing /  
T-Shirt Minggu Mesra Siswa
*Pakaian Bagi Pelajar Kokurikulum Diploma Tidak Berpakej  : T-Shirt Minggu Mesra Siswa

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Pejabat PPHP 09-668 7690/8801/8810

Sekian, Harap maklum.

Timbalan Pengarah Akademik PPHP


(selengkapnya... | Nilai: 5)

PENGAMBILAN AHLI SILAT CEKAK HANAFI BAGI KAMPUS GONG BADAK SESI 2018/2019
MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDULLAH menulis "

Assalamualaikum wmt. wbt.

SILAT CEKAK HANAFI @ UniSZA
Pengambilan Ahli Silat Cekak Hanafi bagi Kampus Gong Badak sahaja.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) UniSZA kampus Gong Badak membuka pengambilan ahli baru bagi sesi 2018/2019. Bagi mahasiwa/i, staf UniSZA, anak-anak staf UniSZA dan kepada sesiapa sahaja yang berminat boleh lah mendaftar SEGERA dengan mengisi google form di pautan dibawah:

https://bit.ly/2vu2DzV

Kaunter pendaftaran dibuka di cafe Asrama baru

CIRI-CIRI SILAT CEKAK HANAFI
- Teknik beladiri berdiri lurus
- Tempur tanpa senjata
- Teknik kuncian boleh mematahkan/maut kepada pihak lawan
- Sesuai lelaki dan wanita berumur 13 tahun ke atas.

Tarikh tutup pengambilan ahli: 4 Oktober 2018

* KEAHLIAN INI AUTOMATIK MENJADI AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI UniSZA & MALAYSIA

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

En. Muhammad Hafiz b. Abdullah (Pejabat Naib Canselor)
Penasihat Per. Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA
0129386985
atau
saudara Hazim 011-52201998
saudari fatihah 011-10171916

Terima kasih.

---------------------------
MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDULLAH
Penolong Pegawai Tadbir
Pejabat Naib Canselor
UniSZA
- 0129386985
- 096688893
- fiezcool@gmail.com"

(selengkapnya... | Nilai: 0)

KALENDAR UGET SEMESTER I SESI 2018-2019
NASRUL EZHARUDDIN BIN CHE AMAT menulis "


KALENDAR UGET SEMESTER I SESI 2018-2019

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa UniSZA Graduation Exit Test (UGET) Semester I Sesi 2018/2019 akan diadakan sepertimana Kalendar UGET yang dilampirkan. SEMUA PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA boleh mengemaskini keputusan MUET melalui portal pelajar pada bila-bila masa kecuali pada tarikh penutupan proses kemaskini yang ditetapkan.

Tarikh penutupan menu kemaskini keputusan MUET adalah bermula pada 23 hingga 25 September 2018 bagi membolehkan Penolong Pendaftar fakulti masing-masing untuk mengesahkan maklumat tersebut.

Syarat Exit Policy adalah pelajar perlu mendapat keputusan one band higher daripada syarat kemasukan keputusan MUET program pengajian masing-masing.


Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada URUSETIA UGET di Pejabat Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
Sekian, terima kasih. "

(selengkapnya... | Nilai: 4)

PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN DOKUMEN PTPTN PELAJAR IJAZAH SESI 2018/2019

PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN DOKUMEN  PTPTN PELAJAR (IJAZAH) SESI 2018/2019 BAGI TARIKH KELULUSAN 7 SEPTEMBER 2018.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak Unit Penajaan & Dana Pelajar, PTNC ( HEPA) dengan kerjasama PTPTN Cawangan Kuala Terengganu akan membuka kaunter kutipan dokumen perjanjian PTPTN bagi pemohon yang mendapat kelulusan PTPTN pada 7 September 2018 sebagaimana ketetapan berikut:


Bagi Pelajar di Kampus Besut

Tarikh  :  21 September 2018

Hari     :  Jumaat

Masa   :  9.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Kafetaria Kolej Kediaman, UniSZA Kampus Besut.


Bagi Pelajar di Kampus Gong Badak

Tarikh  :  23 & 24 September 2018

Hari     :  Ahad & Isnin

Masa   :  9.00 pagi - 4.00 petang

Tempat : Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak.


Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang telah diluluskan permohonan mereka dalam kelompok ini diwajibkan menghantar dokumen perjanjian yang telah lengkap ke kaunter kutipan dokumen tersebut. Bersama-sama ini juga dilampirkan panduan mengisi dokumen perjanjian PTPTN sebagai rujukan (Rujuk Lampiran).


Suka diingatkan bahawa tempoh sah untuk kelulusan ini hanyalah selama 14 hari dari tarikh kelulusan. Sebarang masalah atau kerugian yang timbul akibat daripada kegagalan untuk menghantar dokumen perjanjian ini pada masa yang ditetapkan adalah terletak di bawah tanggungjawab pelajar / pemohon itu sendiri.


Untuk makluman, sebarang penghantaran dokumen perjanjian PTPTN terus ke Pejabat PTPTN adalah TIDAK DITERIMA.


Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-6687940 / 7942 / 7945.

Harap Maklum. Terima kasih.


(selengkapnya... | Nilai: 0)

FORUM JAGA AKIDAH DAN JAGA DIRI
MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDULLAH menulis "

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera 🤗

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Unisza sesi 2018/19 akan mengadakan program:

FORUM : JAGA AKIDAH DAN JAGA DIRI ❗❗❗

Maklumat mengenai program adalah seperti berikut ⬇

📆Tarikh: 22 SEPTEMBER 2018 (SABTU)
⏰Masa: 8.00 AM - 12.30 PM
🏬Tempat: DEWAN AUDITORIUM BANGUNAN AKADEMIK UNISZA
📜Tajuk Forum: "JAGA AKIDAH DAN JAGA DIRI"

Disampaikan oleh :
- Panel 1: DR. ANAS BIN MOHD YUNUS (Pensyarah Fakulti Kontemporari Islam UniSZA)
- Panel 2: EN. NOR AZLAN SHAH BIN ABDULL GAFFOR (Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia)


YURAN PENYERTAAN :
👨🏻‍🎓Pelajar : HANYA RM3 SAHAJA !!
👨🏻‍💼Orang Awam : RM5 SAHAJA

SEBARANG PERTANYAAN & PENDAFTARAN :
🙋🏻‍♀AFIFAH - http://www.wasap.my/60192076573
🙋🏻‍♂SHAHRUL - http://www.wasap.my/60109297519
ATAU
📌Klik Link dibawah :
https://goo.gl/UV39Cs

SEMUA MAHASISWA/I👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓 DAN ORANG AWAM👩🏻‍💼👨🏻‍💼 DIJEMPUT HADIR

SARAPAN PAGI & MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN

"SILAT CEKAK HANAFI PENERAJU WARISAN MUTLAK"

#soaringupwards
#DemiMuUnisza
#UnISZApastitahu

---------------------------
MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDULLAH
Penolong Pegawai Tadbir
Pejabat Naib Canselor
UniSZA
-0129386985
-096688893
-fiezcool@gmail.com"

(selengkapnya... | Nilai: 4)

PERMOHONAN SEBAGAI AHLI MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNISZA SESI 2018/2019

Assalamualaikum...

Dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah membuka permohonan baru Ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) bagi Sesi 2018/2019.

Kepada siswa/siswi yang berminat dan memenuhi syarat-syarat di bawah, sila mohon melalui capaian borang permohonan yang telah disediakan dibawah.

Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Kolej Kediaman UniSZA pada 13 September 2018 sebelum jam 4:30 petang.

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

1.      Terbuka kepada semua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  yang berstatus pelajar sepenuh masa.

2.      Hanya pelajar SEMESTER DUA (II) ke atas sahaja yang layak memohon.

3.      CGPA bagi calon yang memohon mestilah tidak kurang daripada 3.00

4.      Hanya pelajar menetap di kolej kediaman sahaja yang layak memohon.

5.      Calon hanya layak memohon di peringkat kolej kediaman dimana beliau menetap sahaja.

6.      Pemohon tidak memegang sebarang jawatan dimana-mana kelab dan persatuan.

 

TIDAK LAYAK MEMOHON

1.      Pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaan yang pertama di UniSZA bagi kursus pengajian yang diikutinya.

2.      Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan yang perlu diduduki bagi kursus pengajian yang diikutinya.

3.      Pelajar yang telah gagal dalam peperiksaan yang baru diduduki bagi kursus pengajian yang diikutinya.

4.      Pelajar yang mempunyai prosiding tatatertib terhadapnya yang masih belum selesai.

5.      Pelajar yang didapati bersalah atas kesalahan tatatertib.

 

Nota: Hanya calon yang berjaya melepasi tahap tapisan awal sahaja yang akan dipanggil temuduga


Muat Turun : Borang Permohonan Ahli Majlis Kolej Kediaman



Sekian, terima kasih


Pejabat Kolej Kediaman UniSZA

4 September 2018


(selengkapnya... | Nilai: 0)

SKIM BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR)2018/2019

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR) 2018/2019


BPTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin tegar bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


Syarat-Syarat Permohonan

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.

(iii) Berlatar belakang keluarga miskin tegar.

(iv) Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak memohon.


Kadar Bantuan Dan Cara Bayaran

Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan secara muktamad oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi melalui Bendahari Universiti.


Pengesahan Pendapatan Keluarga

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).


Permohonan

Calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan boleh mendapatkan Borang Permohonan BPTAR dengan memuat turun daripada lampiran di bawah atau lama web YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN di : www.yayasantar.org.my 


Semua permohonan mesti diserahkan kepada:

i) Pejabat Unit Penajaan dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA Kampus Gong Badak atau

ii) Pejabat Penolong Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UniSZA Kampus Besut.


Tarikh permohonan dibuka : 15 Ogos 2018

             Tarikh permohonan ditutup : 30 September 2018


Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.


Sebarang pertanyaan, sila rujuk ke Unit Penajaan dan Dana Pelajar (UPDP), PTNC (HEPA) di talian 09-668 7940/7942/7945


Sekian, terima kasih.


(selengkapnya... | Nilai: 5)

MAKLUMAT BERKAITAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT)2018
Assalamualaikum wm..wbk..

Tuan/Puan

MAKLUMAT BERKAITAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT)2018

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Untuk makluman tuan/puan, bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2018 telah mula disalurkan pada 15 Mac 2018 secara berperingkat kepada 1.2 juta orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh negara melalui Kad Diskaun siswa Debit Bank Rakyat bagi pembelian bahan bantuan pelajar seperti buku, alat tulis, peralatan komputer dan internet.

(selengkapnya... | 2264 byte lagi | Nilai: 0)

MAKLUMAN PENGAMBILAN KUNCI DAN PENDAFTARAN KURSUS FASILITATOR MAHASISWA (FM) BAG
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

   Di sini dilampirkan senarai nama Fasilitator Mahasiswa (FM) yang terpilih untuk berkursus sempena  Minggu Mesra Siswa (MMS) bagi Kemasukan Ijazah  Sarjana Muda Sesi 2018/2019.
 
  Oleh yang demikian, kepada pelajar yang terpilih anda mestilah  mengikuti kursus ini sebelum MMS Sesi 2018/19 diadakan pada 02 - 06 September 2018.  Tarikh dan tempat bagi kursus FM adalah sepertimana berikut :

                                 Tarikh/Hari                     :   30 Ogos  - 1 September 2018 (Khamis-Sabtu)
                                 Tempat                            :   Dewan Ibnu Khaldun Kampus Gong Badak, UniSZA
                                 Masa Pendaftaran       :  
30 Ogos 2018 (Khamis) 10.00 pagi
                                                                             *Di  Foyer Kolej Kediaman, UniSZA Kampus Gong Badak
                                                           

   Bagi pendaftaran penginapan peserta boleh mengambil kunci asrama pada 29 Ogos 2018 (Rabu) bermula dari pagi jam 9.00 pagi di Pusat Aktiviti Pelajar MPP, Kampus Gong Badak. Kehadiran ke kursus  adalah DIWAJIBKAN  kepada semua peserta FM yang terlibat. Sebarang masalah boleh menghubungi pihak kami di talian 09-6687925 (En.Muhammad Redzuan)/7935 (Pn.Nor Rulhasikin). Boleh juga berhubung dengan MPP  di talian 7882. MPP yang boleh dihubungi adalah 01126601530-Mahirah / 0135317237-Alissa.

Kepada semua peserta  anda dikehendaki untuk membawa kelengkapan menghadiri kursus sepertimana berikut :

1) Baju kemeja (L)
2) Baju Kurung (P)
3) Pakaian sukan lelaki (T-Shirt Berkolar dan berkasut)
4) Pakaian sukan perempuan (Lengan panjang,berkasut dan menutup aurat)
5) Keperluan harian dan ubatan (Jika perlu)
6) Seluar jeans tidak dibenarkan

Sekian, harap maklum.


(selengkapnya... | Nilai: 0)

Info Solat


 Isnin, 24 September, 2018

Subuh: 5:41
Syuruk: 6:57
Zohor: 1:02
Asar: 4:11
Maghrib: 7:04
Isyak: 8:13

14 Muharram 1440 

Berita Hari Ini

Tiada berita lagi untuk hari ini.

Info Pengguna

Selamat Datang, Anonymous
Login
Kata Laluan
[ Lupa kata laluan ? ]
Pengguna Online:
Tetamu: 100
Ahli: 62
Jumlah: 162

Online Sekarang:
01 : MUHAMMAD AIDID EZRI BIN AHMAD HAPIZUDIN
02 : MOHAMAD ALIF NAJMI BIN ISMAIL
03 : EMYNORFATINAH BINTI MOHD ROSELI
04 : MICHELLE ANNE A/P ANTONI BRABAGAR
05 : AIMAN NATASHA NAQUIYAH BINTI ISMAIL
06 : NUR SHAWANA BINTI ABDULLAH SANI
07 : MOHAMMAD FIRDAUS BIN ZOLKEFLE
08 : WAN NURFARIZA IZZATI BINTI WAN AHMAD RISAUDDIN
09 : WAN MUHAMMAD IZZAT BIN WAN IBRAHIM
10: MOHAMMAD AMIROL AZAMI BIN ZOLKEFLI
11: NOOR SYAZLIYANA BINTI OMAR
12: MUHAMMAD NAJMI BIN MOHAMAD YUSUF
13: MOHD MARTHARIDI BIN MD KHAIRUDDIN
14: MUHAMMAD SYAHMI HAIKAL BIN NOR ARIZAN
15: NURUL HANIS HANINI BINTI JAFRI
16: SHEBA LEENA A/P S. SARLUS
17: MUHAMMAD RAZZRIN IRFAN BIN RAMLI
18: SITI AISYAH BINTI AZMI
19: TUAN NUR NAQIAH BINTI TUAN AZIZ
20: ABDUL AZIM BIN ABD HALIM
21: NUR AMIRAH IZZATI BINTI YUSOFF
22: NUR HUSNA BT MUHAMMAD
23: NUR FATIN SYAMIMIE BINTI MOHD HASRAN
24: MUHAMMAD HAZIQ BIN OMAR
25: SYAZWANA BINTI SHAFIE
26: NUR AININ SOFIYA BINTI CHE AZIZ
27: NUR MAHERAN BT ABDULLAH
28: MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN ANUAR
29: ZANATUL NAZIRA BINTI ZAKARIA
30: FATIN NADIA BINTI ZAKARI
31: SYED MUHAMMAD HAZIQ BIN SYED ABD RAHMAN
32: 'ALIA BINTI MOHD FAUZI
33: NOR ROSMIMIYANA BINTI ROSLAN
34: WAN NURUL SYAFIQAH BINTI WAN OTHMAN
35: ABDULLAH MUBARAK BIN FAUZI
36: SYAZNI BINTI JUSOH
37: NOR AIN NABILAH BINTI JUSOH
38: SITI FADZILAH BINTI MAT HASSAN
39: AN-NASUHA BINTI KAMARUL BAHARI
40: NUR LAILA NAJWA BINTI JOSDI
41: NUR AINSHAH BINTI ZUKI
42: NUR SYAFIAH BINTI MOHD ADENAN
43: NURUL NADZIRAH BINTI ADNAN
44: SITI MAISARAH BINTI AB RAHMAN
45: SAIDAH BINTI MUHAMAD
46: MUHAMMAD ISKANDAR ZULKARNAIN BIN ZAINUDDIN
47: SITI NOOR ILIYIN BINTI NOOR HISHAM
48: MUHAMAD KHAIRUL MUQRI BIN MOHD LAZIM
49: NUR RAIHAN BINTI MOHD KHIRRUDIN
50: IBNU SINA BIN TALIP
51: MUHAMMAD LUQMAN BIN RAZALI
52: MOHAMAD AFNAN BIN ZAKARIA
53: NUR HAZIRAH BINTI MD YUSOF @ GHANI
54: MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHD FAUZI
55: JANANI A/P ARAVINTHAN
56: KHAIRUNNISA' BINTI MOHAMAD SOBRI
57: WAISUMITHA A/P RAJU
58: NUR ALIA SOFIA BINTI JASMANI
59: ATHIRAH IZZATI BINTI MOHAMAD
60: TENGKU SALMAN BIN TENGKU MOHD ABU BAKAR
61: ABDUL HAKIIM BIN ABD MANAN
62: NORIDAH BINTI AZMAN

Direktori Telefon

Bahagian Pengurusan Akademik(BPA)-Seksyen Peperiksaan & Pengijazahan

  • Tel:09-6687619/7966

Bahagian Pengurusan Akademik(BPA)- Seksyen Penjadualan, Rekod & Pendaftaran Kursus

  • Tel:09-6687760/7965

Bahagian Pengurusan Akademik(BPA)- Seksyen Pengambilan & Kemasukan

  • Tel:09-6687704/7762

Bahagian Kewangan Pelajar(Jabatan Bendahari)

  • Tel:09-6687613 / 7612 / 7607
  • Fax:09-6671887

Pusat Kesihatan Pelajar(PKP)

  • Tel:09-6688735(GONG BADAK)
  • 09-6275758(KOTA)
  • Fax:09-6687856(GONG BADAK)
  • 09-62755771(KOTA)

Hal Ehwal Pelajar(HEP) & Alumni

  • Tel:09-6687933/7937
  • Fax:09-6677842

Pejabat Kolej Kediaman

  • Tel:09-6687746/7745
  • Fax:09-6677875

Pejabat Keselamatan(GONG BADAK)

  • Tel:09-6687750
  • Fax:09-6677853

Pejabat Keselamatan(KOTA)

  • Tel:09-6275719 / 5755
  • Fax:09-6275522